BIODATA Dato' Dr. Ahmad Tajuddin Ali hails from Perlis (Malaysia) and he is currently the Director General of SIRIM, a post he has held since May 1989. He received his B.Sc. (Eng.) First Class Honours from King's College, University of London in 1973 and his Ph.D. in Nuclear Engineering from Queen Mary College, University of London in 1977. Upon his return, Dato' Dr. Tajuddin briefly served the then National Electricity Board as an Assistant Engineer before being seconded to the Tun Ismail Atomic Research Centre (PUSPATI, now known as MINT) as a Senior Research Officer. From 1983 to 1989 he was Deputy Director General of the Nuclear Energy Unit (UTN, now known as MINT). During the period from February 1985 to August l988 he took leave from UTN to serve as Field Expert with the International Atomic Energy Agency (IAEA). Dato' Dr. Tajuddin is involved in many professional activities, boards, councils, and committees at national, regional, and international levels. Currently among others he is: Member of the Governing Council Malaysian Academy or Science; Member, National Council for Scientific Research and Development; Member of the Board of Perbadanan Usahawan Nasional Berhad; Member of the Board of Composite Technology Research Malaysia; Chairman, SIRIM-SIME Technologies Sdn. Bhd.; Chairman, Malaysian Technology Consultants Sdn. Bhd.; President, Malaysian Association of Research Scientists. Currently Dato' Dr Tajuddin is also a member of the Governing Council of the International Organisation for Standardization (ISO). Dato' Dr. Tajuddin, a graduate of the Harvard Business School's Advanced Management Programme, is acknowledged for his strategic planning, management and marketing skills. He has been invited to speak on many occasions particularly on the subject of Quality and on Strategic Planning and R&D Management. Dato' Dr. Tajuddin is also a Professional Engineer, a Fellow of the Institution of Engineers and a Foundation Fellow of the Malaysian Academy of Science. He was awarded the Dato' Paduka Maharaja Perlis by the Raja of Perlis in 1993 and the JMN and AMN Federal Honours for his contributions to date.
|
Special
Guest Dato' Dr Ahmad Tajuddin Ali
INTERVIEW MNS: Pertama sekali PESAN (MNS) mengucapkan tahniah atas perlantikan Y.Bhg. Dato' sebagai Presiden MARS. Terima kasih. MNS: Selain dari MARS terdapat persatuan-persatuan lain seperti PESAN yang menggabungkan para penyelidik. Apakah pandangan Dato' tentang persatuan-persatuan ini dan bagaimana mereka boleh berpadu tenaga untuk kebaikan ahli masing-masing dan membantu ke arah pencapaian hasrat negara? Persatuan seperti PESAN, persatuan NDT atau mana-mana persatuan sedemikian lebih menekankan aktiviti yang mengetengah dan meningkatkan bidang masing-masing, iaitu aktiviti dalam bidang yang khusus. Sebaliknya MARS mempunyai dua peranan utama. Pertama, untuk menggembeling tenaga penyelidik dalam mempertingkatkan keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sains dan teknologi, khususnya mencapai matlamat R&D itu sendiri. Dalam kata lain bagaimana bidang yang berbagai di institusi-institusi penyelidikan di seluruh negara dapat digembelingkan menjadi satu forum di mana dapat diketengahkan cara-cara untuk mempertingkatkan keberkesanan pengurusan penyelidikan dan pembangunan. Kedua, tertumpu kepada kebajikan dan isu-isu yang berkaitan dengan bagaimana untuk mempertingkatkan keistimewaan bidang P&P supaya mempunyai daya penarik untuk menarik tenaga-tenaga penyelidik yang sebaik mungkin dan mendorong mereka agar terus berkecimpung dalam bidang P&P. MARS tidak tertumpu kepada mana-mana bidang pengkhususan tetapi ia menitikberatkan bidang pengurusan aktiviti P&P itu sendiri. Ini berbeza dari PESAN yang tertumpu kepada sains nuklear, MSNT tertumpu kepada NDT, dan persatuan-persatuan lain seperti Sains Tanah, Entomologi, kesemuanya berkepentingan untuk bidang-bidang pengkhususan masing-masing. MNS: Pada pandangan Dato' ke manakah arahnya teknologi nuklear negara kita sekarang ini? Teknologi nuklear adalah satu daripada bidang-bidang asas yang kita perlu terus berkecimpung kerana keputusan telah dibuat dan kemudahan-kemudahan dalam biding yang khusus telah sedia ada. Kita harus menggunakan kemudahan yang ada itu untuk mempertingkatkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan dalam bidang nuklear dengan lebih berkesan. Tetapi yang kadangkala menjadi tanda tanya ialah bagaimana kita dapat melaksanakan tugas ini jika pada waktu yang sama terus terang telah dinyatakan bahawa nuklear adalah option terakhir bagi penjanaan tenaga. Keperluan utama teknologi nuklear ialah dalam bidang penjanaan tenaga sementara keperluan dalam bidang perubatan, pertanian industri dan sebagainya merupakan keperluan sampingan. Saya katakan begini sebab penggunaan teknik nuklear dalam semua bidang ini harus timbul dari bidang itu sendiri ataupun dengan lain perkataan penekanan sebenar bukanlah teknik nuklear itu sendiri. Bukan teknik nuklear yang perlu ditekankan tetapi bidang perubatan itu sendiri, bukan teknik nuklear yang ditekankan tetapi bidang pertanian itu sendiri, dan sebagainya. Teknologi nuklear hanyalah sebagai satu alat. Fokus kita bukanlah teknik semata tetapi ialah bidang. Dalam konteks ini mungkin boleh difikirkan sesuai untuk menjadikan bidang pertanian nuklear sebagai sebahagian daripada program MARDI, umpamanya. MNS: Oleh yang demikian pada pandangan Dato' bolehkah dan bagaimana mencantumkan teknologi nuklear dengan teknologi-teknologi lain? Bagi kita yang penting ialah matlamat untuk mempertingkatkan industri pertanian dan lain-lain. Teknik nuklear hanya merupakan satu alat untuk mencapai matlamat tersebut dan pada pandangan saya untuk menonjolkan teknik nuklear dalam apa keadaan sekali pun adalah tak tepat. Kita perlu mengkaji obektif dan menilai teknik-teknik yang ada untuk menyelesaikan sesuatu masaalah dan tidak memaksa diri menggunakan teknik nuklear dalam mengatasi semua masaalah. Contohnya, katakanlah untuk menyambung sesuatu bahan. Bagi seorang pengimpal sudah pasti ia akan mencantumkan bahan itu dengan mengimpalnya, walhal ia mungkin boleh disambungkan dengan menggunakan skru ataupun digamkan dan mungkin juga teknik kimpalan tidak boleh digunakan langsung jika bahan yang ingin disambung itu kayu ataupun plastik. Jadi kita mesti menggunakan teknik yang paling sesuai untuk sesuatu kegunaan dan tidak boleh bergantung hanya pada satu teknik untuk menyelesaikan sesuatu masaalah. Kalau kita hendak menjalankan program biak-baka, biak-baka mutasi hanyalah salah satu dari teknik-teknik yang ada. Kita mesti membuat kajian dan pemilihan untuk mempastikan teknik yang paling sesuai dan berkesan dalam konteks program biak-baka kita itu. Fokus terhadap MINT ialah untuk menyediakan teknik-teknik yang sesuai untuk menyelesaikan masaalah. MNS: Apa pandangan Dato' tentang sesetengah pendapat bahawa penggembelingan kepakaran di institusi penyelidikan dan universiti dan penyelarasan kemudahan-kemudahan yang ada adalah pendekatan yang lebih "cost-effective" daripada penubuhan institusi baru dalam menerokai sesuatu bidang penyelidikan yang baru? Masaalah sekarang ialah ibarat kain yang kita ada itu singkat, jarang, dan berlubang. Jadi saya tidak boleh nampak bagaimana kita boleh menggunakan apa yang sedia ada kerana jumlahnya (tenaga manusia dan peralatan) terlalu kecil berbanding dan bidang yang patut kita terokai amat luas. Dengan itu kita perlu membuat pemilihan dan memberi sepenuh tumpuan terhadap beberapa bidang-bidang keutamaan sahaja. Masaalah di dalam R&D sektor awam ini ialah begitu payah untuk mengubah arah dan haluan penyelidikan. Penyelidik berpuas hati dengan apa yang sedang mereka lakukan dan mahu terus mengerjakannya. Berlainan dengan penyelidikan di sektor swasta, penyelidik tidak ada jalan lain kecuali mengubah arah penyelidikan mereka apabila sumber kewangan penyelidikannya dipotong. Ini tidak berlaku dengan sepenuhnya di sektor awam kerana pihak pengurusannya tidaklah sebebas pengurusan di sektor swasta. Tetapi perubahan ini sedang menular dan apabila ia berlaku sepenuhnya mungkin sumber-sumber yang ada sekarang ini dapat dimanfaatkan dengan lebih baik lagi. Maka adalah menjadi harapan MARS untuk membantu menerapkan budaya ini ke dalam R&D sektor awam. MNS: Ada juga pendapat yang menyatakan bahawa universiti perlu menekankan "basic research" dan institut penyelidikan lain menjalankan "applied research." Apa pendapat Dato'? Bagi saya dalam setiap institusi mesti terdapat campuran kedua-duanya tetapi barangkali tumpuannya lebih kepada apa yang disebutkan tadi. Universiti mempunyai sumber yang berkecimpung dalam "frontier areas" sebab mereka mengajar dalam bidang tersebut, dan secara logiknya mereka perlu berada di "frontier" teknologi tersebut dan mereka tidak mahu diganggu dalam penyelidikan "frontier" mereka itu. Ini secara tidak langsung mendorong universiti menjalankan penyelidikan yang berbentuk "basic research" sebaliknya di institusi awam yang berorientasikan penyelidikan seperti SIRIM, PORIM, atau MINT mempunyai projek khusus yang ditujukan kepada industri. Jadi penye-penye di insti-insti ini lebih berorientasikan sesuatu misi dan tiada ruang untuk seseorang penyelidik membuat kerja mengikut kemahuan individunya tetapi kerjanya mesti disepadankan dengan program penyelidikan secara keseluruhan institusi penyelidikan yang ia berada. Program penyelidikan secara keseluruhan ini mungkin tidak wujud pada tahap yang sama di universiti-universiti dan kalau ada pun mungkin tidak begitu jelas dan spesifik seperti di institusi-institusi awam di mana institusi itu sendiri telah mengkhususkan bidang penyelidikannya; satu untuk kayu-kayuan, satu untuk getah, satu untuk kelapa sawit, satu untuk teknologi industri dan berbagai lagi. Malah teknologi industri itu sendiri mempunyai institusi-institusi penyelidikan yang lebih khusus; satu untuk nuklear, satu untuk mikroelektronik. Oleh itu pegawai-pegawai penyelidik tidak boleh sewenang-wenangnya memilih program penyelidikannya sendiri tetapi mestilah ditentukan dari bidang-bidang yang telah ditetapkan. Tetapi dalam menjalankan penyelidikan yang telah ditetapkan ini mereka juga perlu melakukan "basic research" dan sebagainya untuk membina asas "theoretical" yang kukuh. Jadi boleh dikatakan untuk menjawab soalan tadi bahawa kedua universiti dan institusi penyelidikan awam melakukan "basic" dan "applied research" tetapi disuatu ekstrim pihak universiti lebih cenderong kepada "basic research" yang bukan semata-mata "basic research" tetapi mempunyai faedah kepada industri, pertanian, dan lain-lain. Penyelidikan di institusi penyelidikan awam lebih melakukan kerja-kerja pembangunan yang "mission oriented" yang juga memerlukan R&D dalam bentuk "basic technologies." MNS: Bolehkah Dato' terangkan apakah yang dimaksudkan dengan contract research organization? Mengikut definisi ia bermaksud organisasi tersebut mendapatkan sebahagian besar daripada pendapatannya melalui aktiviti yang dijalankan untuk pelanggan yang membayar bagi kerja-kerja tersebut. Ini ialah satu pengertian am, tetapi tidak semestinya aktiviti tersebut dibiayai sepenuhnya oleh sektor swasta sebab jika kita mahukan P&P dalam bidang-bidang yang strategik, sektor swasta tidak akan membiayainya. Dalam hal ini kontrak tersebut ialah dari kerajaan. Jadi dalam sesebuah "research contract organization" program-program yang dijalankan adalah lebih menurut kepada selera pelanggan dan untuk memenuhi ini ia mesti ada sistem yang boleh mengawasi kemajuan kerja, pengkosan kerja, pengecajan kerja dan dari situ satu skim penggajian untuk kakitangan yang mengambilkira ganjaran tambahan untuk setiap kerja yang dilakukan sebagai galakan untuk kakitangan mendapatkan lebih pelanggan juga perlu ada. MNS: Pesanan Dato' kepada pengurus-pengurus R&D? Kita mempunyai ramai saintis dan jurutera. Bagaimanapun, apabila kita bercakap tentang pengkomersilan penyelidikan, organisasi penyelidikan kontrak, dan sebagainya kita mesti boleh memasarkan keupayaan kita itu. Kita perlu sentiasa berinteraksi untuk menjual kepakaran kepada pelanggan yang sanggup membayar, dan apabila mereka membayar, mereka menuntut keluaran dan hasil yang berkualiti dan sebagainya. Ini, pada ketika ini agak kurang kelihatan. Kita perlukan pengurus yang boleh menjadi "interface" di antara kerja-kerja teknikal dan masyarakat saintis serta jurutera dengan pelanggan yang mahu mendapatkan khidmat. Ini pasti merupakan antaramuka pengurusan yang kita mahu dan ianya sangat penting. MNS: Pandangan tentang R&D di Malaysia, terutama dalam sektor swasta? Pada saya peluang dan masa depannya ada dan jika peluang in tidak diambil ia hanyalah menjadi peluang semata-mata Tetapi, ketika ini terdapat keperluan mendesak oleh negara dan ekonomi terhadap sokongan dari R&D. Keperluan in tidak akan dipenuhi kecuali terdapat sambutan untuk memenuhinya. Saintis dan organisasi penyelidikan sewajarnya memenuhi kehendak ini dan juga membentuk peluang-peluang baru. Untuk menggalakkannya, sistem yang baik dan skim ganjaran yang menarik yang mendorong mereka menjalankan kerja-kerja tersebut tanpa diganggu oleh ganjaran-ganjaran yang lebih baik dari sektor-sektor lain perlu ada.
|