LAPORAN TAHUNAN 2004 ANNUAL REPORT

 
         
 

 

 

Home | Download | Print

 
  muka sebelum | kandungan | muka sebelah  

previous page | contents | next page

 
     

 
     
 

PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN TEKNOLOGI

 
  RESEARCH AND TECHNOLOGY DEVELOPMENT
 
 
     
 

Agroteknologi dan Biosains
Kesihatan dan Keselamatan
Perubatan
Alam Sekitar

  Agrotechnology and Biosciences
Health and Safety
Medical
Environment
 
         
  Sebagai sebuah institusi penyelidikan awam (IPA) yang unggul dalam bidang S&T, MINT memainkan peranan yang penting untuk melaksanakan dan merealisasi dasar-dasar S&T kebangsaan. MINT terus aktif mendokong agenda negara untuk menjadikan S&T sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi dengan memberi penekanan kepada 4 bidang keutamaan. Sokongan dan galakan diberi kepada aktiviti penyelidikan di MINT yang terdiri daripada teknologi industri dan persekitaran, teknologi pemprosesan sinaran, teknologi perubatan, agroteknologi dan biosains serta keselamatan sinaran dan pengurusan sisa.

Sebanyak 196 projek penyelidikan telah dilaksanakan pada 2004 di mana 134 daripada projek tersebut merupakan projek sambungan daripada tahun sebelumnya manakala 53 projek pula dimulakan pada tahun semasa. Sementara itu sebanyak 9 projek berjaya ditamatkan.

Jadual 1 menunjukkan bilangan projek penyelidikan yang dilaksanakan di MINT berdasarkan punca pembiayaannya.

  Being a premier public research institute (IPA) in nuclear S&T, MINT continues to play a vital role and contributes to the implementation and realisation of national S&T policies. MINT actively continues to accomplish national agenda to make S&T as the key economic growth, by focussing on 4 priority areas. In MINT, support and encouragement are given to research activities in industrial and environmental technology, radiation processing technology, medical technology, agro technology and biosciences as well as radiation safety and waste management.

A total of 196 research projects were carried out in 2004, in which 134 projects were from the previous year and 53 were new projects. Meanwhile, 9 research projects were completed.

Table 1 indicates the research projects conducted in MINT based on various sources of funding.



 
 
         
  Jadual 1 / Table 1
Bilangan projek penyelidikan yang di laksanakan di MINT
Research projects carried out in MINT
 
         
 
  JENIS PROJEK
TYPE OF PROJECT
 
BILANGAN
NUMBER
 
BARU
NEW
 
SAMBUNGAN
CONTINUATION
 
TAMAT
COMPLETED
 
  Direktorat Bioteknologi Kebangsaan
National Biotechnology Directorate
 
3

 
-

 
3

 
-

 
  IRPA
 
17
 
4
 
14
 
-
 
  Projek Kerjasama Dalam Negeri
National Cooperation Projects
 
54

 
20

 
32

 
2

 
  Projek Kerjasama Antarabangsa
International Cooperation Projects
 
5

 
4

 
1

 
-

 
  Kontrak Penyelidikan IAEA (CRP)
IAEA Contract Research (CRP)
 
3

 
1

 
2

 
-

 
  Projek Penyelidikan Dalaman
In-houseProjects
 
144

 
24

 
83

 
7

 
  JUMLAH
TOTAL
196
 
53
 
135
 
9
 
 
         
  Penyelidikan yang dijalankan telah berjaya menghasilkan 1 penemuan baru iaitu simen tulang kalsium fosfat yang boleh disuntik, 10 produk baru dan 14 proses/teknik baru. Jadual 2 dan 3 menunjukkan proses/teknik dan produk baru yang dihasilkan pada tahun 2004.
 
  These research projects produced a new finding, namely, injectable calcium phosphate bone cement, 10 new products and 14 new processes/techniques. Table 2 and 3 shows the new processes/techniques and products produced in the year 2004.
 
 
         
  Jadual 2 / Table 2
Proses/teknik dan Produk Baru yang dihasilkan pada tahun 2004.
New Processes /techniques and Products produced in the year 2004
 
         
 
BIL.
NO.
 
    PROSES/TEKNIK BARU
NEW PROCESS/TECHNOQUES
 

1.
 

   

Transformation of radioactive DEHPA waste into apatite ceramic
 

2.
 
    Hydrothermal process of producing aluminium sulphate and alumina from tin cans
 
3.
 
    Fabrication of hydroxyapatite-bone cement
 
4.

 
    Teknik pemprosesan filem holografi
Processing technique of holography film
 
5.

 
    Teknik penyediaan dan pemprosesan sample arkeologi seramik bagi tujuan tentumuran
Preparation and processing of ceramic archeology sample for dating.
 
6.
 
    Bottom Pouring casting technique in production of Aluminum based composite
 
7.
 
    Control operating system for EPS3000 (based on Labview)
 
8.
 
    Artificial Cultivation of ‘Pleurotus tuberregum’ (Tiger Milk Mushroom) isolated from Hutan Belum
 
9.

 
    Efficient Composting and Fermentation System for Animal Feed Production using Microbes, Enzyme Process and Solid State Bioreactor
 
10.
 
    Artificial Cultivation of Ganoderma spp. (Black Ganoderma Mushroom) isolated from Hutan Belum
 
11.

 
    Penyediaan Makro Poros HA, TCP & Campuran HA/TCP melalui Teknik Foam
Preparation of macro porous HA, TCP & HA/TCP mixture by foaming technique
 
12.

 
    Penyediaan Macro Porous HA, TCP & Campuran HA/TCP melalui Teknik Extrusion
Preparation of macro porous HA, TCP & HA/TCP mixture by extusion technique
 
13.

 
    Pengaktifan tablet ketoprofen menggunakan kaedah penyinaran Sm-152 (untuk scintigraphy)
Activation of catoprofene tablet by using Sm-152 irradiation (for scintigraphy)
 
14.

 
    Standard Measurement Procedures and Protocols for Microwave Radiation Screening of Mobile Telephone Base\Stations
 
 
         
  Jadual 3 / Table 3
Baru yang dihasilkan pada tahun 2004.
New Products produced in the year 2004
 
         
 
BIL.
NO.
 
    PRODUK BARU
NEW PRODUCTS
 

1.
 

   

Prototype in-plane & out-of-plane laser shearograpfi
 

2.
 
    Polymeric bone cement
 
3.
 
    Fly ash porou­s blocks
 
4.
 
    Bio-film from Sago
 
5.
 
    Adhesive from palm oil
 
6.

 
    Kultivar baru Petunia hybrida “NKTropicana”
Petunia hybrida “NKTropicana New cultivar
 
7.
 
    EyeFresh – Eye pads with natural extracts for eye care
 
8.
 
    Airlift Bioreactor for Cempaka
 
9.
 
    Modeling and simulation of mushroom, animal feed and compost production using SuperPro
 
10.
 
    Low Cost Oil Palm Fresh Fruit Ripeness Gauge
 
 
         
 

 
         
  MINT sentiasa menggalakkan kakitangannya menghasilkan penulisan buku, bab dalam buku, artikel dalam jurnal serta kertaskerja untuk seminar/persidangan/bengkel di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Pada tahun 2004 MINT telah menghasilkan sebanyak 345 penulisan (Jadual 4).   Apart from presentation in national and international seminars/conferences, MINT encourages her staff to disseminate the research findings through publications in the form of books, chapters in books and articles in journal. In the year 2004 MINT has produced 345 publications (Table 4).  
     
  Jadual 4 / Table 4
Jumlah penerbitan untuk tahun 2004
Total publication in the year 2004
 
         
 

 
BENTUK PENULISAN
PUBLICATION TYPE

 
  BILANGAN
NUMBER
 


 

Buku
Book
 
  5

 

 
Bab dalam buku
Book Chapter
 
  1

 

 
Jurnal Antarabangsa
International Journal
 
  17

 

 
Jurnal Tempatan
Local Journal
 
  21

 

 
Pembentangan kertas kerja diperingkat Antarabangsa
International Presentations
 
  55

 
  Pembentangan kertas kerja diperingkat Kebangsaan
Local Presentations
 
  80

 
  Pembentangan kertas kerja dalam Seminar/Bengkel Dalaman
In-house Presentations
 
  132

 
  Laporan Teknikal Dalaman
Internal Technical Report
 
  34

 
  Jumlah
Total

 
  345

 
 
     
  Sepanjang tahun 2004 MINT juga telah berusaha untuk mempromosikan hasil penyelidikannya melalui pelbagai saluran. Ini termasuk penyertaan di dalam pameran di peringkat antarabangsa dan kebangsaan seperti SMIDEC 2004, EXPO S&T 2004, rancangan TV seperti Majalah 3 (TV3), Panorama (RTM 1), Selamat Pagi Malaysia (RTM1) serta temubual Radio 1 (RTM) di dalam rancangan Tetamu Minggu Ini dan Titian Malaysia-Brunei. Promosi juga telah dilaksanakan melalui penganjuran Hari Flora MINT 2004, Seminar R&D MINT 2004, Bengkel Reactor Interest Group (RIG), Bengkel Biomaterial Interest Group (BIG), Siri Ceramah Flora Interest Group (FIG), Kolokium Herbal Interest Group (HIG) dan ceramah serta pameran sekolah-sekolah menengah. Sempena dengan tahun R&D, pada 2004 buat pertama kalinya MINT telah menganjurkan Technology Showcase yang bertujuan untuk memperkenalkan hasil penyelidikan MINT kepada industri berkaitan.



AGROTEKNOLOGI DAN BIOSAINS

Pelbagai projek penyelidikan agroteknologi dan biosains dijalankan sejajar dengan agenda negara yang memberi penekanan kepada bidang bioteknologi sebagai satu daripada pemacu utama pembangunan. Projek-projek tersebut terdiri daripada 14 projek yang dijalankan di bawah peruntukan IRPA di mana 2 daripadanya merupakan projek baru iaitu Degradasi Tandan Kosong Kelapa Sawit Menggunakan Penyinaran dan Mikrob; dan Pembangunan Pes Daripada Chitosan Bergred Bioperubatan bagi Aplikasi Perawatan Luka. Projek-projek lain termasuk biakbaka ros, orkid, pisang, nenas, betik, dan padi; pembangunan sistem bioreaktor cempaka; bioremediasi tanah; pengurusan pengairan dan nutrisi bagi padi di bawah pembekalan air yang minima.

MINT juga terlibat dalam 7 projek kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan yang lain dan juga syarikat swasta yang meliputi projek biakbaka kelapa sawit, beras wangi dan limau madu; pembangunan teknik pemprosesan dan penanaman gaharu; biopestisid, kajian kesan racun serangga pada ekosistem padi dan pengurusan baja nitrogen. Selain itu, 3 projek Kerjasama Serantau, 3 projek Program Kerjasama Teknikal IAEA dan 15 projek dalaman turut dijalankan.

Aktiviti utama Agroteknologi dan Biosains iaitu Hari Flora MINT yang merupakan acara tahunan MINT telah berlangsung pada 14 Disember 2004 di Pusat Flora MINT-Tech Park di mana kultivar baru Petunia hybrida, sejenis pokok berbunga yang popular, telah dilancarkan yang diberi nama ‘NK Tropicana’, hasil dari penyelidikan selama 4 tahun.

Siri ceramah Flora Interest Group (FIG) yang diselaraskan oleh MINT terus mendapat sambutan daripada pengusaha nurseri, penyelidik tempatan, pelajar universiti serta peminat pokok tanaman hiasan. Ceramah merangkumi pelbagai topik seperti pengeluaran anak benih kultur tisu, industri tanaman hiasan, rekabentuk landskap dan peranan nurseri dalam menyumbang ke arah pembangunan landskap negara.

Selain daripada aktiviti penyelidikan, MINT juga turut menawarkan khidmat seperti penyinaran sampel tumbuhan, analisa sampel N-15 dan C-14, pembekalan kultivar baru untuk perlandskapan dan pembekalan anak benih tisu orkid hibrid serta khidmat nasihat dan penyinaran graf tisu untuk kegunaan klinikal.


KESIHATAN & KESELAMATAN

MINT sentiasa menitikberatkan segala aspek keselamatan dan kesihatan kakitangannya. Manual Kesihatan dan Keselamatan telah digunakan sepanjang masa bagi memastikan persekitaran tempat kerja yang selamat dan bebas dari kemalangan diwujudkan di MINT. Komitmen terhadap kesihatan dan keselamatan kakitangan merupakan suatu agenda yang berterusan bagi MINT. Oleh itu, bagi memantapkan lagi program kesihatan & keselamatan, MINT telah menghasilkan sebuah Video yang mengandungi maklumat tentang prosedur keselamatan dan juga langkah-langkah keselamatan yang dikuatkuasakan di MINT. Video ini akan dijadikan panduan kepada pelawat dari dalam dan luar negara, kontraktor-kontraktor dan juga kakitangan MINT.

Menyedari akan kepentingan kesihatan dan keselamatan pekerja dan persekitaran (EHS), MINT telah melaksanakan usaha-usaha untuk mendapatkan persijilan OHSAS 18001 dan ISO 14001 sejak tahun 2003 lagi. Beberapa siri bengkel dan latihan telah diadakan sepanjang tahun 2004 bagi menyediakan prosedur-prosedur kesihatan dan keselamatan MINT yang mematuhi standard OHSAS 18001, ISO 14001 dan akta -akta lain yang berkaitan seperti Akta 514, Akta 304, EQA (Environmental Quality Assessment) dan FMA (Factories and Machineries Assessment). Pada tahun 2004, 60% pendokumentasian (safety prosedur, EHS manual, forms, review) telah dilaksanakan. MINT dijangka dapat memperolehi persijilan OHSAS 18001/ISO 14001 pada hujung tahun 2005.

Program keselamatan sinaran mencatatkan kejayaan yang baik dengan rekod dos pada aras normal dan tidak ada kes yang melampaui had dos yang dibenarkan bagi tahun 2004. Untuk memantapkan lagi langkah-langkah keselamatan yang sedia ada, penyelia kawasan bagi setiap blok/unit telah dilantik dikalangan kakitangan MINT yang mempunyai kelayakkan Radiation Protection Officer (RPO). Selain dari itu, setiap kakitangan MINT yang berurusan dengan sinaran dipantau setiap 2 bulan melalui peralatan pengawasan individu seperti TLD, Film Badge dan Pen Dosemeter. Mereka juga dibekalkan dengan Survey Meter yang telah dikalibrasi untuk mengesahkan keselamatan persekitaran tempat kerja. Ini adalah sejajar dengan Akta 304 dan Akta 514 dalam usaha memastikan kesihatan dan keselamatan pekerja dan persekitaran.


PERUBATAN

Aktiviti PPT dalam bidang perubatan dipertingkatkan lagi dengan perlaksanaan projek IRPA (2), projek kerjasama dalam negeri (3), projek kerjasama luar negeri (5), projek IAEA/RCA (2) dan projek dalaman (17). Hasil daripada projek penyelidikan tersebut, 3 proses baru berjaya dibangunkan, di mana 2 proses berkaitan dengan penyediaan makro poros hidroksi apatit (HA) dan makro poros trikalsium fosfat (TCP) untuk tujuan graf tulang gantian sedang dalam proses untuk dipatenkan. Hasil -hasil ini telah melalui penilaian biologikal dan masih melalui ujian klinikal.

Kajian mengenai kompaun bioaktif di dalam herba telah giat dijalankan pada tahun 2004. Pengekstrakan kompaun bioaktif telah dijalankan ke atas herba-herba yang dipercayai mempunyai ciri-ciri anti-kanser dan anti-diabetik. Ini merupakan satu sumbangan MINT kepada perubatan alternatif.

Sepanjang tahun 2004 MINT telah memberikan perkhidmatan cemerlang di dalam bidang perubatan. Di antara perkhidmatan yang telah diberikan termasuklah pembekalan radioisotop ke hospital-hospital, ujian biotest serta biodos dan khidmat rundingcara kepada pihak hospital, industri dan agensi luar. Dalam usaha meningkatkan keupayaan dan kualiti pengeluaran bahan-bahan radiofarmaseutikal di MINT, makmal-makmal kawalan mutu dan pengeluaran radiofarmaseutikal telah dinaiktarafkan bagi memenuhi keperluan current Good Manufacturing Practice (cGMP) dan Pharmaceuticals Inspection Cooperation scheme (PICs). Makmal Kawalan Mutu Mikrobiologikal telah pun ditauliahkan manakala penaiktarafan makmal-makmal pengeluaran radiofarmaseutikal yang lain dijangka dapat disiapkan sepenuhnya pada bulan Ogos 2005.

Sepanjang tahun 2004 MINT telah membantu pihak Hospital Pulau Pinang untuk mendapatkan bekalan radiofarmaseutikal PET (18F-FDG) daripada Singapura. Radiofarmaseutikal PET (18F-FDG ) akan dapat dihasilkan di Malaysia setelah cyclotron di Hospital Putrajaya ditauliahkan pada 2005 di mana MINT akan terlibat secara langsung dalam projek ini.

Di dalam bidang fizik perubatan pula, ujian kawalan mutu telah dilakukan ke atas lebih daripada 200 buah mesin

sinar-x perubatan di klinik-klinik dan hospital-hospital di seluruh negara. Ini adalah untuk memastikan prestasi alat-alat tersebut mematuhi standard yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Di samping itu, perkhidmatan tentukuran ke atas peranti

ujian yang digunakan di dalam kawalan mutu mesin sinar-x juga telah dijalankan di makmal fizik perubatan MINT.


 

 

Throughout the year 2004, MINT has strived to promote new research findings through various channels. Such activities included participations in national and international exposition such as SMIDEX 2004 and EXPO S&T, participating in TV programmes such as Majalah 3 (TV3), Panorama (RTM 1), Good Morning Malaysia (RTM1) as well as Radio 1 (RTM) Tetamu Minggu Ini and Titian Malaysia-Brunei. Promotion activities were also conducted by organizing Hari Flora MINT 2004, MINT Technical Convention 2004, Reactor Interest Group (RIG) workshop, Biomaterial Interest Group (BIG) workshop, Flora Interest Group (FIG) lecture series, Herbal Interest Group (HIG) Colloqium as well as talks and exhibitions in secondary schools. In commemoration with R&D year, in the year 2004, MINT has successfully organized Technology Showcase for the first time to introduce MINT’s research output to related industries .



AGROTECHNOLOGY AND BIOSCIENCES

Various research projects of Agrotechnology and Biosciences were carried out in line with the national agenda which emphasized biotechnology as one of the key drivers of the country’s development . These consists of 14 research projects which were funded by IRPA including two new projects entitled Degradation of Oil Palm Empty Fruit Bunches (EFB) By Radiation and Microbes; and Development of Paste From Biomedical Grade Chitosan For Wound Dressing Application. Other projects include breeding of orchids, banana, pineapple, papaya, roses and rice; development of bioreactor system for Michelia alba; bioremediation of soil; and water efficiency study and nutrition management for padi under minimal water input.

MINT was also involved in 7 cooperation projects with other agencies and private companies including breeding of oil palm, fragrance rice and pamelo; development of Aquiliria plantation and processing, biopesticide, study of pesticide impact on rice ecosystem and nitrogen fertilizer management. Besides that, 3 Regional Cooperation projects, 3 IAEA Technical Cooperation Programmes and 15 internal projects were also carried out.

The main activity of Agrotechnology and Biosciences, MINT Flora Day was held on 14 December 2004 at Flora Centre MINT-TechPark, where a new cultivar of Petunia hybrida, a popular flowering plant, was launched and named ‘NK Tropicana’ which is the result of 4 years of research.

Flora Interest Group (FIG) Lecture series which were coordinated by MINT continued to gain support from nursery owners, local researchers, students and hobbyists. The lectures include various topics on the production of tissue cultures seedlings, ornamental plant industry, landscape design and the role of nursery in contributing towards the nation’s landscape development.

MINT also offers technical services such as plant sample irradiations, N15 and C14 analysis, supplying new cultivar for landscaping and hybrid orchid tissue culture seedlings as well as consultation and irradiation of tissue graft for clinical use .


HEALTH & SAFETY

MINT always emphasizes on every aspect of her personnel health and safety. Health and Safety Manual have been used to ensure a safe an accident free workplace in MINT. Commitment to health and safety of personnel is an ongoing agenda for MINT. Therefore, to strengthen the health and safety program, MINT has produce a Safety Video which contains information on safety procedures and guidelines that can be used as a guide for local and foreign visitors, contractors and MINT personnel.

Realizing the importance of environtmental health and safety (EHS), MINT has taken necessary steps to achieve OSHAH 18001 certification since 2003. A series of workshop have been held throughout 2004 to prepare MINT’s procedures complying with OSHAH 18001, ISO 14001 and related Act such as Act 514, Act 304, EQA (Environmental Quality Assessment) and FMA (Factories and Machineries Assessment). In 2004, 60% of the documentations (safety procedures, EHS manual, forms, review) have been completed. MINT is reckoned to be OHSAS 18001/ISO 14001 certified by the end of 2005.

The achivement of the Radiation Safety Program should be commended with no cases of exceeding the permissible dose limit for the year 2004. To reinforce the safety steps which are already in place, area supervisors for each block/unit has been appointed amongst MINT personnel who are qualified Radiation Protection Officer (RPO). Other than that, each personnel dealing with radiation are monitored every 2-months through a personal monitoring equipment such as TLD Badge, Film Badge and Pen Dosemeter. They are also given survey meters that have been calibrated regularly to ensure safety of the work environment. This is inline with the Act 304 and Act 514 to ensure the safety of personnel at work place.


MEDICAL

R&D activities in medical sector have increased with the implementation of IRPA projects (2), local cooperation projects (3), international cooperation projects (5), IAEA/RCA projects (2) and internal projects (17). As a result, 3 new processes have been developed successfully where 2 processes on the preparation of macro porous hydroxappatite (HA) and macro porous tricalcium phosphate (TCP) for bone graft substitute are in the process of patent filing. These products had undergone biological evaluation and are still undergoing clinical trials.

Studies on bioactive compound in herbs have been done in 2004. Extraction of bioactive compounds have been done on selected herbs that are believed to have anti-cancer and anti-diabetic properties. This is one of MINT’s contribution towards alternative medicine.

Throughout 2004, MINT continues the excellent service in the medical sector. Among the services that have been offered by MINT to the hospital, industries and other agencies include radioisotope supply to hospitals, biotest as well as biodose test and consultation. Quality Control and Radiopharmaceutical Laboratory have been upgraded in an effort to increase the ability and quality of radiopharmaceutical products which are produced by MINT, and to fulfill the current Good Manufacturing Practice (cGMP) and Pharmaceuticals Inspection Cooperation scheme (PICs). The Microbiological Quality Control Laboratory has been commissioned while the upgrading of the Radiopharmaceutical Manufacturing Laboratory will be completed by August 2005.

In the year 2004 MINT has helped Pulau Pinang Hospital to get supplies of radiopharmaceutical PET (18F-FDG) from Singapore. Radiopharmaceutical PET (18F-FDG) will be produced in Malaysia after commissioning of the cyclotron in Putrajaya Hospital in 2005 where MINT will be directly involved in this project.

In Medical Physics, quality control tests were carried out on more than 200 medical x-ray machines in clinics and hospitals throughout Malaysia. The purpose of this test is to ensure that the performance of the machines comply with the standards set by the Ministry of Health. The calibration services for test tools that are used for quality control of x-ray machines are also carried out at Medical Physics Laboratory in MINT.

 
     
  Jadual 5 / Table 5
Projek-projek baru yang dijalankan dalam sektor perubatan.
New projects carried out in the medical sector.
 
         
 
BIL.
NO.
 
   

PROJEK
PROJECTS
 

KERJASAMA
COLLABORATION
 

1.
 

   

Development of I-131
 

Vietnam, FHLA
 
2.
 
    Development of 153-Sm EDTP for Treatment of Rheumatoid Arthritis
 
Malaysia - Japan
Corporation
 
3.
 
    Development of Ho-166
 
 
4.
 
    Development of Sheet and Paste from Biomedical Grade Chitosan Derivatives for Wound Management Application.
 
 
5.
 
    Study on Upgrading the Tablet Coating Machine Spraying System
 
 
6.
 
    Medical Imaging
 
 
7.
 
    Development of Filmless Diagnostic Radiography Devices (FDRD)
 
Russia - BINP
 
 
         
  ALAM SEKITAR

Kajian berkaitan pencemaran logam berat, penaksiran kualiti udara dan pemantauan isotop stabil yang dijumpai di dalam air hujan di Malaysia merupakan contoh-contoh projek yang telah dimulakan pada tahun ini oleh MINT. Kajian terhadap alam sekitar telah mendapat perhatian dan kerjasama dari pelbagai pihak. Projek kerjasama antara MINT-LPTA (Lembaga Perlesenan Tenaga Atom) dan Jabatan Perikanan Malaysia bertujuan untuk membangunkan data asas kepekatan radionuklid dalam persekitaran marin di Malaysia telah dijalankan sepanjang tahun 2004. Sebanyak 2 ekspidisi persampelan telah dilakukan pada tahun ini di Selat Melaka serta di perairan Sabah dan Sarawak. Data dan hasil kajian keradioaktifan marin di Malaysia ini merupakan sumbangan MINT terhadap negara serta kepada Asia-Pacific Marin Radioactivity Database (ASPAMARD). Kajian seperti ini amat perlu bagi mengenalpasti punca-punca pencemaran dan memahami corak pencemaran agar langkah-langkah pencegahan dapat dilakukan pada masa hadapan.
  ENVIRONMENT

Studies pertaining to heavy metal contamination, the assessment of air quality as well as the monitoring of stable isotopes found in Malaysia’s rain, are examples of the projects being undertaken this year by MINT. Studies on environment have obtained awareness from various bodies. A collaboration project between MINT-AELB (Atomic Energy Licensing Board) and Department of Fisheries (DoF) to establish a fundamental data on radio nuclide concentration in Malaysia’s Marine environment have progressed throughout 2004. A total of 2 sampling expeditions have been done this year in the Straits of Melaka and the coast area of Sabah and Sarawak. The data and findings of Malaysia’s marine radioactivity study is MINT’s contribution to Malaysia and Asia –Pacific Marine Radioactivity Database (ASPAMARD). Studies such as this is necessary to identify sources and trend of pollution so that a preventive measures could be taken in the future.


 
 

 

 
 
 
 
  muka sebelum | kandungan | muka sebelah  

previous page | contents | next page

 
   
Webauthor
Institut Penyelidikan Teknologi Nuklear Malaysia (MINT)