|
LAPORAN TAHUNAN 2004 ANNUAL REPORT |
||||
|
|
||||
| muka sebelum | kandungan | muka sebelah | ||||
|
Penyelidikan
& Pembangunan Teknologi |
Research
& Technology Development |
|||
|
|
||||
|
LAPORAN : KETUA PENGARAH, INSTITUT PENYELIDIKAN |
||||
|
MESSAGE : THE DIRECTOR GENERAL, MALAYSIAN INSTITUTE
FOR NUCLEAR TECHNOLOGY RESEARCH (MINT) |
||||
![]() |
"Sebagai organisasi penyelidikan khusus untuk
sains dan teknologi nuklear di negara ini... As the only full fledge nuclear science and technology research organisation in the country..." |
|||
| MINT semakin dikenali dan dihormati
sebagai sebuah institusi penyelidikan Kebangsaan yang berkecimpung dalam
bidang sains dan teknologi nuklear semenjak tiga dekad yang lalu. Sebagai
organisasi penyelidikan khusus untuk sains dan teknologi nuklear di negara
ini, MINT memainkan peranan utama dalam menentukan halatuju dan pencapaian
negara di bidang sains dan teknologi nuklear selari dengan agenda kerajaan
untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju. PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN TEKNOLOGI Penyelidikan saintifik dalam teknologi industri, teknologi pemprosesan sinaran, teknologi perubatan, agroteknologi dan biosains, keselamatan sinaran dan keselamatan alam sekitar menjadi aktiviti utama MINT. Pengisytiharan 2004 sebagai Tahun R&D MINT mengukuhkan lagi komitmen MINT terhadap penyelidikan. Projek penyelidikan yang diterokai berjumlah 196 dan telah menghasilkan 10 produk baru, 14 proses dan teknik baru beserta satu penemuan. Penyelidikan MINT juga menghasilkan 345 penerbitan dalam bentuk buku, bab-bab buku, penulisan dalam jurnal antarabangsa dan tempatan serta kertas kerja yang dibentangkan di seminar, perjumpaan saintifik dan bengkel. PENGKOMERSILAN TEKNOLOGI Hasil penyelidikan dan pembangunan (P&P) MINT dalam bentuk produk dan perkhidmatan telah dimanfaatkan oleh masyarakat dari sektor awam dan swasta. MINT telah memberi tumpuan dan mengambil beberapa initiatif untuk meningkatkan pengkomersilan teknologinya yang bertujuan untuk mempromosi dan memasarkan hasil P&Pnya. Ini termasuk penyertaan dalam pameran di peringkat antarabangsa dan kebangsaan, publisiti menerusi media massa, menjadi tuan rumah kepada seminar, bengkel, perjumpaan dan MINT juga telah menganjurkan Technology Showcase buat kali pertama. Beberapa langkah diambil bagi mengukuhkan lagi mekanisme pengkomersilan yang sedia ada untuk memastikan aktiviti perniagaan MINT tidak bergantung pada produk dan perkhidmatan semata-mata. Peningkatan pengkomersilan harta intelek menerusi perlesenan paten dan teknologi, pembangunan secara usaha sama, mengadakan program inkubator, program tekno-usahawan dan peruntukan kewangan di peringkat pra-pengkomersilan adalah beberapa pendekatan yang telah diusahakan. MINT telah menjana RM 10.1 juta melalui pembekalan produk dan pemberian khidmat serta pengkomersilan harta inteleknya. Dijangkakan jumlah ini akan meningkat dengan bertambahnya hasil penyelidikan dan harta intelek MINT, dan pewujudan satu pusat setempat iaitu Pusat Pemindahan Teknologi, pembangunan laman web yang mudah dicapai oleh pelanggan dan mengadakan dana khas bagi membuat promosi di dalam dan luar negara. SOKONGAN KORPORAT Hubungan kerjasama dua-hala dan pelbagai hala di peringkat serantau dan antarabangsa, adalah penting sebagai satu pendekatan bagi menyokong pembangunan dan penggunaan teknologi nuklear di negara ini khususnya di MINT. Di samping itu ia juga menjadi sumber untuk memperolehi pengetahuan dan teknologi baru. Pendekatan ini juga merupakan salah satu saluran untuk MINT berkongsi pengalaman di dalam menjalankan aktiviti bersama dan menawarkan kepakaran dengan memberi khidmat nasihat dan latihan kepada negara yang memerlukan. Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) telah mengiktiraf kepakaran MINT di bidang tertentu seperti teknologi pemprosesan sinaran, agroteknologi dan biosains, teknologi perubatan, ujian tanpa musnah, bank tisu serta keselamatan sinaran dan alam sekitar. Ini terbukti apabila 9 orang penyelidik MINT telah diminta menyertai misi pakar IAEA ke Austria, Korea, Sudan dan Itali. Aktiviti peningkatan imej dan promosi merangkumi penyebaran maklumat melalui media cetak dan elektronik, penyertaan di dalam pertandingan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa, mengadakan dan menyertai pameran, ceramah umum dan menerima lawatan pelajar dan orang awam. Sumber manusia adalah aset penting dan berharga kepada MINT. Untuk memastikan sumber manusia yang berpengetahuan dan berkemahiran akan berterusan, MINT mengenalpasti keperluan latihan dan mengadakan program latihan. Ini merangkumi program latihan formal di peringkat ijazah dan ijazah lanjutan serta program latihan di dalam dan luar negara. MINT mengekalkan pencapaian prestasi kewangan yang baik. Dari peruntukan berjumlah RM 46.51 juta yang terdiri dari sedia ada (RM 46.37 juta) dan one-off (RM 0.14 juta), 99.83 % dari peruntukan sedia ada dan 97.44 % dari one-off telah dibelanjakan. Selain daripada itu 99.99% dari RM 43.33 juta peruntukan pembangunan dan 82.40 % dari RM 4.50 juta geran IRPA telah digunakan. Usaha untuk mempertingkatkan pengurusan kualiti dan skim-skim persijilan kualiti telah mendatangkan hasil. Tiga proses MINT telah menerima pengiktirafan ISO 9001:2000 manakala satu makmal iaitu Makmal Kalibrasi Dosimetri Sinaran telah diiktiraf di bawah skim akreditasi makmal ISO/IEC 17025. MINT juga memenangi tiga anugerah kualiti, setiap satu di peringkat kebangsaan, MOSTI dan negeri Selangor. Penekanan MINT terhadap inovasi tidak dapat dinafikan dan ini jelas dari jumlah anugerah inovasi dan rekacipta yang telah dimenangi. Kesemuanya 18 anugerah termasuk MOSTI (2), Ekspo S&T 2004 Peringkat Kebangsaan (7), Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam (AIPA) (4) dan di peringkat antarabangsa (5) telah diperolehi melalui penyertaan dalam pertandingan inovasi dan rekacipta. MINT mengambil berat atas isu-isu yang melibatkan keselamatan tanpa sebarang kompromi. Ini dibuktikan dengan terhasilnya CD Keselamatan MINT yang antara lain memberi maklumat tentang prosedur keselamatan dan pekerjaan di MINT. Pada Oktober 2004 semua kemudahan utama yang menggunakan sinaran mengion telah dilesenkan oleh Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA). |
MINT has been in
nuclear science and technology (NS&T) research for more than three decades
and has progressively evolved to become a prominent and respected research
institute. As the only full fledge nuclear science and technology research
organisation in the country, MINT continues to play a pivotal role in
determining the nation’s direction and achievement in NS&T in unison with
the national agenda to becoming a developed country in the near future. RESEARCH AND TECHNOLOGY DEVELOPMENT Scientific research remains as one of MINT’s core activities and this encompasses industrial technology, radiation processing technology, medical technology, agrotechnology and biosciences, as well as radiation and environmental safety. As proof of her commitment towards research, 2004 was declared as MINT R&D Year. A total of 196 research projects were undertaken delivering 10 new products, 14 new processes and techniques, and a new finding. These research activities resulted in the production of 345 publications in the form of books, chapters in books, articles in international and local journals as well as papers presented in seminars, scientific meetings and workshops. TECHNOLOGY COMMERCIALISATION A number of MINT’s R&D output has benefited the nation both in the public and private sectors through the supply of products and services rendered. To enhance the commercialisation of her technology, MINT has gone through great lengths and taken various initiatives to promote and market her R&D outputs. These include participations in international and national exhibitions, exposure via the mass media, hosting of seminars, workshops, meetings and for the first time MINT organized a Technology Showcase. To strengthen the existing commercialisation mechanism and to ensure that commercial activities at MINT are not only dependent on the supply of products and rendering of services, other approaches have been explored. Enhancing the commercialisation of MINT’s intellectual properties through the licensing of patents and technology, development through partnership, introducing the incubator and techno-preneur programme, and pre-commercialisation financial allocations are some of the efforts that have been looked into. MINT has managed to generate a total income of RM 10.1 million through the supply of products and provision of services as well as the commercialisation of her intellectual properties. It is envisaged that this figure could well increase as the number of MINT’s research products and intellectual properties increase with the introduction of new initiatives such as the One-Stop Technology Transfer Centre, readily and easily customer accessible web-page and the establishment of a special fund to carry out promotional activities locally and abroad. CORPORATE SUPPORT Bilateral and multilateral cooperation at regional and international levels, are of utmost importance to MINT as a means of supporting the development and application of nuclear technology in the country. It is also being a source for acquiring new technologies and knowledge. This approach is one of MINT’s channels to share experience in carrying out collaborative work and to offer expertise in the form of consultations and trainings to other countries. The International Atomic Energy Agency (IAEA) has given due recognition to MINT’s expertise in specific fields such as radiation processing technology, agrotechnology and biosciences, medical technology, non-destructive testing, tissue banking as well as radiation and environmental safety. This was reflected when 9 researchers were sent on IAEA expert missions to Austria, Korea, Sudan and Italy. Image enhancement and promotion activities comprises dissemination of information through printed and electronic media, participation in national and international competitions, participate and organise exhibitions, public lectures and hosting visits from schools and the public. Human resource is an essential and valuable asset to MINT. Hence to ensure a pool of experienced and skillful human resource, MINT monitors the training requirements and organised continuous training programmes. These comprise formal training as well as training programmes organised locally and abroad. MINT managed to maintain good financial performance. From a total allocation of RM 46.51 million made up of “sedia ada” (RM 46.37 million) and “one-off” (RM 0.14 million), 99.83 % of “sedia ada” and 97.44 % of her one-off allocations were well spent. On top of that 99.99 % of her RM 43.326 million development budget and 82.40 % of her RM 4.50 million IRPA grants were expended. Efforts taken to ameliorate quality management and quality certification schemes was found to be successful. Three of MINT’s processes have been accredited for ISO 9001:2000 certification meanwhile Radiation Dosimetry Calibration Laboratory was certified under the ISO/IEC 17025 laboratory accreditation scheme. MINT was also awarded three quality awards, each at the national, MOSTI and Selangor state level. MINT’s emphasis on innovation could not be refuted and this is clear from the number of innovation and invention awards secured. A total of 18 innovation awards including from MOSTI (2), national (7), Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam (AIPA) (4) and international awards (5) were acquired from participation in innovation and invention competitions. MINT has taken safety as inevitably a very serious issue. One efoort is the production of of MINT’s Safety CD that contains information on work and safety procedures in MINT. As of October 2004, all major facilities involving ionising radiation have been licensed by the Atomic Energy Licensing Board (AELB). |
|||
|
DR. DAUD MOHAMAD |
||||
|
|
||||
| muka sebelum | kandungan | muka sebelah | ||||
| Webauthor Institut Penyelidikan Teknologi Nuklear Malaysia (MINT) |
||||