|
LAPORAN TAHUNAN 2004 ANNUAL REPORT |
||||
|
|
||||
| muka sebelum | kandungan | muka sebelah | ||||
|
|
||||
|
MESSAGE : THE MINISTER OF SCIENCE, TECHNOLOGY AND
INNOVATION |
||||
![]() |
"Saya juga yakin MINT telah
memainkan peranannya... I am confident that MINT has played an excellent role..." |
|||
| Sains, teknologi dan inovasi akan menjadi
komponen penting dalam memajukan ekonomi berasaskan pengetahuan yang akan
menjadi faktor utama dalam menjayakan Wawasan 2020. Seterusnya aktiviti
Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) perlu berorientasikan pasaran bagi
membawa pulangan yang setimpal dan seterusnya mewajarkan pelaburan yang
dibelanjakan. Oleh yang demikian penyelidikan yang dijalankan perlulah
disusun kepada pembangunan teknologi yang akan menghasilkan produk
berkualiti dan sedia untuk dipasarkan dengan mengekalkan kos yang berpatutan.
Dalam memenuhi keperluan pasaran misalnya dengan menyediakan perkhidmatan merawat keluaran makanan, minuman dan buah-buahan daripada kandungan hidupan perosak, MINT telah berusaha meningkatkan keupayaan dan kepakarannya dalam bidang penggunaan teknologi nuklear ke satu tahap yang cemerlang. Saya amat gembira dengan usaha yang dilaksanakan dan ingin mengucapkan tahniah kepada MINT kerana telah berjaya merangka dan melaksanakan program teras yang menekankan penyelidikan dan pembangunan teknologi selaras dengan aspirasi negara. Kita berharap, pengalaman para penyelidik MINT boleh dikongsi bersama untuk memajukan penyelidikan asas dan penyelidikan gunaan negara. Saya juga yakin MINT telah memainkan peranannya dengan cemerlang sebagai sebuah institusi penyelidikan sains dan teknologi nuklear yang setaraf dengan agensi seumpamanya di dunia. Melalui penglibatan dan peranan utamanya dalam pelbagai aktiviti yang dijalankan di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa telah meletakkan MINT sebagai agensi utama penyelidikan nuklear di rantau ini. Tahniah. |
Science, technology and
innovation will become one of the important component in developing
knowledge based economy that will be an important factor in the successful
achievement of Vision 2020. Likewise the R&D activities shall be market
oriented that will stand a better chance of bringing in desired returns,
hence justifying the initial investment. Thus the research undertaken, must
be geared towards the development of technologies which can result to high
quality and relevant-to-market products, while maintaining reasonable cost.
In the context of fullfilling market requirement such as providing services to eradicate pest organism in food, drink and fruit products, MINT has managed to develop her capabilities and expertise in the utilization of nuclear technology to level that is one of excellence. I am very pleased with their efforts and wish to congratulate MINT for crafting and implementing a core programme on research and technology development very much in line with the nation’s aspiration. We hope the experiences of MINT’s researchers can be shared to further advance the basic and applied research objectives of the nation. I am confident that MINT has played an excellent role as a nuclear science and technology research institute, on par with its sister agencies worldwide. With its participation and lead roles in various activities at the national and international level MINT has established itself as a premier nuclear research agency in this region. Well done! |
|||
|
DATO’ SERI DR JAMALUDDIN B. JARJIS |
||||
| muka sebelum | kandungan | muka sebelah | ||||
| Webauthor Institut Penyelidikan Teknologi Nuklear Malaysia (MINT) |
||||