LAPORAN TAHUNAN 2004 ANNUAL REPORT

 
         
 

 

 

Home | Download | Print

 
  muka sebelum | kandungan | muka sebelah  

previous page | contents | next page

 
     

 
         
 

TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

 
  INFORMATION TECHNOLOGY AND COMMUNICATION
 
 
     
  Berasaskan laporan audit keselamatan oleh MIMOS ke atas rangkaian MINT-NET pada 2003, pembelian sebanyak tujuh server baru, satu server penyimpanan data dan satu backup library telah dilaksanakan pada tahun ini. Jumlah ini adalah sebahagian daripada 20 server yang dicadangkan dan ianya dijangka akan dilaksanakan sepenuhnya pada 2005/2006. Sebuah firewall dan core switch yang dipasang telah membantu mengurangkan risiko serangan siber dan meningkatkan keupayaan prasarana keselamatan MINT-NET serta membantu pengurusan rangkaian dengan lebih cekap.

Seiring dengan keupayaan server, rangkaian jalur lebar fiber optik turut diperluaskan ke seluruh Kompleks MINT dan MINT-Tech Park, manakala teknologi tanpa wayar juga telah mula diimplimentasikan di beberapa kawasan Kompleks MINT. Penambahan 187 unit titik rangkaian telah dilaksanakan, kebanyakannya di MINT-Tech Park. Perolehan 105 buah komputer peribadi telah dibuat untuk kegunaan GOE-eGDMS, manakala 20 buah komputer riba pula untuk kegunaan 27th RCA National Representatives eMeeting yang dijadualkan pada April 2005.

Plan Strategik ICT MINT ( ISP MINT ) telah disiapkan sebagai garis panduan halatuju organisasi dalam melaksanakan projek pembangunan ICT. MINT telah bersedia untuk melaksanakan aplikasi e-Government iaitu ePerolehan, eSPKB dan GOE-eGDMS dengan memasang pembaca kad pintar, pengimbas dan router baru Rangkaian Telekomunikasi Bersepadu Kerajaan (GITN) berkelajuan 256MB.

Pembangunan sistem maklumat masih diteruskan melalui penambahbaikan laman rasmi MINT, RCA dan localweb. Latihan intensif MSSQL2000, ASP.Net dan ADO.Net untuk kakitangan MINT telah dilaksanakan. Latihan LINUX telah diadakan untuk kakitangan MINT yang terpilih, bagi persediaan ke arah sumber terbuka seiring dengan dasar ICT kerajaan.


















 

  Based on MIMOS security audit report on MINT-NET in 2003, seven servers, a storage server and backup library system were purchased this year. These servers are part of the 20 recommended whichwill be fully implemented in 2005/2006. Deployment of a firewall and a core switch had reduced cyber attack risks and enhanced the entire security infrastructure of MINT-Net whilst improving networking administration.

With the servers upgraded, fiber optic bandwidth network has been distributed throughout MINT Complex and MINT Tech-Park, whilst wireless technology was implemented in several areas in MINT Complex. An additional 187 network points were deployed, mainly in MINT-Tech Park. Under the GOE-eGDMS implementation, 105 personal computers were purchased while 20 notebooks were acquired for the 27th RCA National Representatives Meeting as planned on April 2005.

MINT ICT Strategic Planning (ISP MINT) was finalized as guideline for the organization to implement ICT development projects. With the installation of GITN router at 256MB speed, smartcards and scanners, MINT is ready for eGoverment applications which are ePerolehan, eSPKB and GOE-eGDMS application.

MINT’s international homepage, RCA homepage and localweb were continuously maintained. Intensive MSSQL 2000, ASP.Net and ADO.Net training were conducted for MINT’s staff with ICT background. A training on LINUX was conducted for selected MINT’s staff in preparation towards open source in line with the government’s ICT policy.



 

 
     
  muka sebelum | kandungan | muka sebelah  

previous page | contents | next page

 
   
Webauthor
Institut Penyelidikan Teknologi Nuklear Malaysia (MINT)