LAPORAN TAHUNAN 2004 ANNUAL REPORT

 
         
 

 

 

Home | Download | Print

 
  muka sebelum | kandungan | muka sebelah  

previous page | contents | next page

 
         
 

LANGKAH KE HADAPAN

 
  THE WAY FORWARD
 
 
         
  Pencapaian MINT yang dilihat dari output penyelidikan menunjukkan bahawa MINT kini berada di landasan yang tepat dan selari dengan visinya.

Susulan daripada semakan semula hala tuju MINT pada tahun 2004, MINT akan merealisasikan Visi, Misi danObjektifnya, melalui Teras Strategik serta Nilai Sepunya. Hala tuju ini dirangka dengan mengambil kira dasar-dasar kebangsaan yang berkaitan, perubahaan semasa dan juga pembangunan jangka panjang dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) akan datang.

P&P akan terus kekal sebagai aktiviti teras MINT. Penyelidikan akan ditumpukan kepada 4 bidang utama negara, iaitu bioteknologi, ICT, bahan termaju dan pembuatan termaju. MINT berupaya menghasilkan output P&P berkualiti dan menyumbang kepada pengayaan ilmu pengetahuan, dan seterusnya menterjemahkan pengetahuan ini kepada produk dan khidmat komersial yang menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara. Dalam perjalanan P&P ini pendekatan secara organic dan inorganik akan diguna pakai, mengikut keperluan, untuk mencapai hasil terbaik dalam masa yang singkat.

MINT terus memainkan peranan yang proaktif untuk mewujudkan hubungan baik dengan pengguna dan industri di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Konsep rantaian teknologi MINT ke pasaran akan diberi penekanan. Usaha juga akan ditingkatkan untuk program pembangunan teknousahawan.

Dasar kualiti MINT akan menjadi asas untuk memperluaskan persijilan ISO 9001:2000, ISO/IEC 17025, ISO14001 dan OHSAS 18001 ke semua bahagian. Ini adalah sebahagian dari usaha peningkatan berterusan MINT untuk mencapai kepuasan pelanggan.

Pelaksanaan program peningkatan imej diteruskan bagi meningkatkan kesedaran awam terhadap teknologi nuklear.

MINT akan meneruskan kecemerlangan P&Pnya, yang boleh diukur melalui penghasilan output.

 

  MINT’s achievements, as observed in its research output clearly indicates that MINT activities are appropriate and in line with her vision.

Following the review on her direction in 2004, MINT shall enhance its effort to accomplish is vision, mission, objective through its strategic thrusts and shared values. The direction was formulated in consideration of the relevant national policies, current developments and long term planning within the period of the 9th Malaysia Plan.

R&D will remain as MINT’s core activity. Research will be focused on the 4 national priority areas, namely biotechnology, ICT, advanced material, and advanced manufacturing. MINT is capable of producing quality R&D output and contribute to knowledge enrichment, and hence translate this knowledge into commercial products and services that can contribute to the nation’s economic development. In the course of MINT’s R&D, the appropriate organic orinorganic approaches shall be adopted to achieve desired results in good time.

MINT will continue to play a more proactive role in establishing smart linkages between consumers and industries at national and international level. Emphasis will be given on the concept of MINT‘s Technology to Market Chain. The technopreneurs development programme will also be intensified.

MINT’s quality policy will be the basis of extending ISO 9001:2000, ISO/IEC 17025 ISO 14001 and OSHAS 18001 certifications to all the divisions. This is part of MINT’s continuous improvement to attain customers’ satisfaction.

Image enhancement activities will continue, to ensure the public awareness on nuclear technology.

MINT will continue her R&D excellence that can be measured by its output.








 
 
         
 

 

 
 
 
 
  muka sebelum | kandungan | muka sebelah  

previous page | contents | next page

 
   
Webauthor
Institut Penyelidikan Teknologi Nuklear Malaysia (MINT)