|
|
||||||
|
|
||||||
| muka sebelum | kandungan | muka sebelah | ||||||
|
|
||||||
|
||||||
| Hasil dari kajian semula Dasar Sains dan
Teknologi Negara, kerajaan telah melancarkan Dasar Sains dan Teknologi
Negara Kedua (DSTN2) dan Pelan Tindakan pada 30 Jun 2003 lalu. Kesemua 7
Teras Strategik Untuk Pembangunan S&T dalam DSTN2 menjurus kepada
mengukuhkan lagi daya tahan serta keupayaan sains dan teknologi negara.
DSTN2 memberi penekanan terhadap peranan kerajaan untuk menyediakan
persekitaran yang kondusif kepada sektor swasta untuk menyumbang kepada
pembangunan S&T negara. Perkongsian pintar antara agensi kerajaan dan sektor
swasta juga turut diberi tumpuan dalam dasar baru ini bagi memastikan
kedua-dua pihak mendapat faedah dari pembangunan S&T negara. Kecanggihan sesuatu teknologi, proses atau produk yang dibangunkan melalui usaha R&D tidak menjanjikan manfaat kepada masyarakat sekiranya hasil tersebut tidak menepati kehendak pengguna, tidak digunakan atau tidak dikomersilkan. Atas kesedaran inilah kerajaan menitikberatkan pengkomersilan atau pemindahan teknologi terutamanya ke pihak swasta. Bagi menjayakan hasrat ini kerjasama erat di antara organisasi-organisasi penyelidikan seperti MINT dan sektor swasta perlu dikembang dan dipertingkatkan dalam suasana perkongsian pintar yang memenuhi konsep persyarikatan Malaysia. Penyertaan cergas sektor swasta bersama agensi kerajaan dalam pembangunan S&T akan dapat mengurangkan kos melalui perkongsian kepakaran serta kemudahan R&D yang sedia ada. Kerjasama seperti ini akan dapat memastikan projek yang dibangunkan bersama memenuhi kehendak pasaran. Saya mengucapkan syabas kepada MINT atas tindakan proaktifnya dalam melaksanakan usaha-usaha seperti ini yang menunjukkan bahawa misi MINT selari dengan aspirasi negara. Saya juga amat berbangga kerana sebagai sebuah organisasi penyelidikan berasaskan nuklear yang ulung di Malaysia, MINT telah berjaya melaksanakan pelbagai penyelidikan dan menawarkan khidmat serta produk yang berguna kepada masyarakat dan negara. Penyelidikan-penyelidikan yang dijalankan berjaya mengekploitasikan teknologi nuklear secara positif untuk dimanfaatkan dalam kehidupan masa kini. Namun begitu harus diingat, teknologi sentiasa berubah dengan pesat mengikut perkembangan dan keadaan pasaran dan MINT mesti peka terhadap perubahan-perubahan ini agar tidak ketinggalan. Saya berharap MINT akan sentiasa bersedia dengan strategi yang berkesan untuk menghadapi cabaran dan persaingan ini dan mampu membuat pengubahsuaian selari dengan peredaran masa. Kejayaan perlaksanaan DSTN2 amat bergantung kepada penglibatan dan komitmen semua pihak agar negara tidak ketinggalan dalam perkembangan sains dan teknologi yang dinamik. Kerjasama kukuh di antara semua pihak yang terlibat dalam pembangunan sains dan teknologi menjadi asas kepada pelaksanaan Sistem Inovasi Kebangsaan yang berkesan. Ini akan membantu negara dalam menghadapi cabaran-cabaran yang akan timbul hasil dari kemajuan teknologi dengan lebih yakin dan mantap. Hasrat untuk menjadi sebuah negara maju hanya akan dapat dicapai dengan komitmen dan keyakinan yang padu dalam pembangunan sains dan teknologi sepertimana yang diperincikan di dalam Dasar Sains dan Teknologi Negara Kedua dan Pelan Tindakan. |
The government upon
re-examining the National Science and Technology Policy launched the Second
National Science and Technology Policy (DSTN2) and Plan of Action on June
30, 2003. All 7 Strategic Thrusts for S&T Development in the DSTN2 focused
towards enhancing the capacity and capability of national science and
technology. The new policy emphasised on the role of the government to
create a conducive environment for the private sector to contribute towards
national S&T development. Smart partnership between government agencies and
the private sector is also highlighted in this new policy to ensure that
both parties benefit from national S&T development. The sophistication of a technology, process or product developed through R&D does not promise any benefit for the community if it does not meet their needs, not utilised or not commercialised. Acknowledging this fact, the government pays special attention to commercialisation or technology transfer especially to the private sector. To ensure success of this aspiration, close co-operation between research organisations like MINT and the private sector must be propagated and enhanced within a smart partnership environment fulfilling the Malaysia incorporated concept. Active participations from the private sector and government agencies in S&T development can reduce cost through the sharing of expertise and existing research facilities. Such co-operations will guarantee the jointly developed project will generally meet market needs. I congratulate MINT for being proactive implying that MINT’s mission is in accordance with national aspiration. I am also proud of MINT because being the only nuclear-based research organisation in the country, she has succeeded in carrying out diversified research and offering valuable services and products to the community and nation. Research carried out has exploited nuclear technology positively to benefit today’s living. However, it should be remembered that technology is something which changes drastically with development and market situation. Thus, MINT must be sensitive towards these changes so as not to be left behind. I hope that MINT will always be ready with effective strategies to face these challenges and competitions, and ready for changes in parallel with time. The success of the DSTN2 depends on the participation and commitment of all involved so that the nation is always in pace with the dynamic development of science and technology. Cohesive co-operation among everyone involved in the development of S&T is the key to the effective implementation of the National Innovation System. This will assist the nation to face challenges that will arise from the development of technology more confident and positively. The aspiration to be a developed nation can only be realised through solid commitment and confidence in the development of S&T as has been entrenched in the Second National Science and Technology Policy and Plan of Action. |
|||||
|
DATO’ SERI LAW HIENG DING |
||||||
| muka sebelum | kandungan | muka sebelah | ||||||
| Unit Multimedia (Multimedia Unit) Institut Penyelidikan Teknologi Nuklear Malaysia (MINT) |
||||||